Thursday, July 27, 2017

Mencari CintaNya

Aku ingin bahagia,
Semua ingin bahagia,
Namun jalan menujunya,
Tak semudah yang disangka.

Tanya pada diri,
Apa makna bahagia,
Jawab pula hati,
Cinta kepadaNya.

Apa makna cinta padaNya?
Adakah sama seperti cinta pada manusia?

Terus berfikir mencari jawapan,
Namun adakah sudah ditemukan?

Ikuti perintahNya,
Jauhi laranganNya,
Mungkinkah itu jawapannya?

Boleh jadi itu jawapannya
Kerana andai cintanya kita pada manusia
Segala yang disuruh pasti diturut
Apa yang dilarang pasti dihindar
Bukankah begitu?

Namun jawapan terasa belum sempurna,
Tapi pasti itu sebahagiannya.

Terus berlari dan berlari,
Tanpa rasa berputus asa,
Takkan pernah berhenti mencari,
Sehingga bertemu cinta yang sempurna.

Cinta yang sempurna,
Hanya cinta kepadaNya,
Dan cinta keranaNya :)

~ M.Fadz ~
0125
270717
Bilik No1



No comments:

Post a Comment